Thursday, September 10, 2009

SMA PARIT RAJA


SEJARAH RINGKAS SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA

Nama asal : Madrasah Tarbiah Islamiah

Alamat : Pos 2, Jalan Sekolah Arab, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Telefon : 07-4542639 (dahulu), 07-4545710 (sekarang)

E-mail :
smapr@johordt.com

SEJARAH RINGKAS

Madrasah Tarbiah Islamiah Parit Raja trlah diasaskan penubuhannya oleh allahyarham Tuan Haji Nawawi yang pada masa itu menjadi ketua kampung Parit Raja.

Bangunan asal madrasah tarbiah islamiah terletakdi pekan Parit Raja, telah disempurnakan pembukaan rasminya oleh allahyarham Dato Abdullah bin Abdul Rahman, yang dipertua jabatan agama Johor pada 6hb. jun 1941.

Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini telah ditutup pada 1hb. Januari 1948. Sekolah ini telah dipindahkan ke Parit Raja Darat, dan dibuka semula pada 4hb.april 1949. Sekolah ini berpindah ke tapak yang ada sekarang dan pembukaan rasminya disempurnakan oleh menteri besar Johor ketika itu, Y.A.B Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunus pada 27hb. November 1965.

Walau bagaimanapun sekolah ini telah ditutup semula pada tahun 1989. Sekolah ini dibuka semula apabila sessi persekolahan tahun 1992/1993 dengan nama Sekolah Menengah Agama (Arab) Tarbiah Islamiah, Parit Raja.

Semasa sekolah ini ditutup pada tahun 1989. bangunan sekolah ini digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) untuk dijadikan bengkel kemahiran bagi melatih penduduk tempatan.

Semasa sessi persekolahan tahun 1992/1993 dijalankan, sekolah ini mempunyai satu kelas tingkatan satu (Akademik) dengan bilangan murid seramai 20 orang dan satu lagi kelas tingkatan satu (Arab) yang terdiri dari murid-murid yang telah mempunyai SRP dan SPM. Bilangan tenaga pengajarnya terdiri daripada seorang pengetua dan tiga orang guru penolong, dua daripadanya khas mengajar mata pelajaran sebagaimana yang diajar di sekolah-sekolah menengah kementerian.

Pada 18hb. januari 1996 bersamaan dengan 27 Saaban 1416 Hijrah, sekolah ini dirasmikan semula pembukaannya oleh Y.B Tuan Haji Abdul Kadir Bin Anuar, Pengurusi jawatankuasa hal ehwal agama islam Negeri Johor setelah tiga tahun beroperasi.

Bangunan sekolah ini dibina diatas tapak tanah wakaf seluar 4E. 3R. 37P. Penggunaan tapak adalah seperti berikut:

  • Bangunan sekolah - 1 ekar
  • Padang Permainan - 1.2 ekar
  • Rezab - IE. 1R. 37P
  • Lain-lain - 1 ekar


Hal-hal berkenaan bangunan:

  • Hak milik bangunan: Bantuan kerajaan, bangunan tetap.
  • Jenis bangunan: Batu dan kayu, ukuran bangunan 240 X24.
  • Bilangan bilik darjah : 2 + 1 buah (1 Tadika KEMAS)
  • Bilangan bilik bacaan : 1 buah
  • Bilik darjah dijadikan asrama : 1 (lelaki) + 1 (perempuan)

SENARAI AJK PENTADBIR SEKOLAH 1992/1993

  • Pengerusi : Y.B. Dato' Yusak Bin Hj. Nawawi
  • Naib Pengerusi : En. Tumiran Bin Apandi
  • Setiausaha : En. Jamari Bin Rasimen
  • Penolong Setiausaha : Ustaz Hosnon Bin Hj. Arip @ Arif
  • Bendahari : Tn. Hj. Shuib Bin Anuar
  • Ahli jawatan kuasa:
    • Tn. Hj. Sakimin Bin Poncho
    • Tn. Hj. Sirajbin Muin
    • Tn. Hj. Idris Bin Hj. Noor
    • En. Masrom Bin Kasiran
    • En. Salikan Bin Hj. Tahir
    • En. Mohd Said Bin Ibrahim
    • Tn. Hj. Ahmad Bin Wagiman
    • Tn. Hj. Samsi Bin Hj. Siraj
    • Tn. Hj. Zakaria Bin Hj. Nawawi
    • En. Mohd. Sahid bin Salam
    • En. Istar Bin Satiran
    • En. Ternin Bin Sakimen
    • En. Ahmad Bin Rashid

Pada akhir tahun 1999, telah berdiri cerucuk bagi pembinaan bangunan Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang baru dengan berasaskan bangunan konkrit sepenuhnya. Kos keseluruhan fasa 1 sebanyak RM 7.2 juta (Termasuk kerja-kerja tambahan) telah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, dan telah siap keseluruhannya pada bulan jun 2002.

Kerajaan Negeri hanya menyediakan/membina projek fasa 1 seperti berikut:

  • Blok akademik dan pentadbiran - 2 blok
  • Asrama putera - 1 blok
  • Asrama puteri - 2 blok
  • Dewan makan - 1 blok
  • Lain-lain kemudahan asas sekolah seperti jambatan, jalan masuk, tangki air, stesen TNB, dataran sejat dan padang permainan serta perabut.

Setiap blok bangunan juga telah disediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan semasa, antaranya:

  • Bilik darjah - 13 bilik
  • Makmal sains - 4 unit
  • Bilik komputer - 1 unit
  • Asrama putera - 179 katil (optima)
  • Asrama puteri - 258 katil (optima)
  • Dewan makan - 450 pelajar
  • Rumah warden - Warden lelaki - 1 unit
    - Warden perempuan - 1 unit
  • Perpustakaan - 1 unit
  • Bilik pertujkangan kemahiran - 2 unit
  • Bilik guru - 1 unit
  • Bilik pengetua - 1 unit
  • Bilik GPK - 1 unit
  • Bilik kaunseling - 1 unit
  • Koperasi - 1 unit
  • Bilik cetak - 1 unit
  • Bilik rawatan - 1 unit
  • Bilik rehat - 1 unit
  • Bilik sembahyang - 2 unit

Tuesday, September 1, 2009

UNIVERSITI ARDUN KINANAH



Salam, mlm td sdg asyk bermain internet, "ting ting!," aku dpt 1 msg, "Salam, sok pagi kawan kite Zarul dh nk g Mesir. Kul 11 pg dy btolak. Kite same2 la doakn kjayan dy k. Klu nk cal dy leh gak. nie no dy. xxx-xxxxxxx. Alhamdulillah, Fatin Adilah x keseorangan di Mesir sbb Zarul pon join sme bljo di al-Azhar. Menurut Zarul, dy g Mesir dibawah tajaan Negeri Selangor. Alhamdulillah, murah rezeki. Ramai jgk kwn2 yg tepon dan ucapkan selamat jalan kerana x berkesempatan menghantar Zarul di KLIA. Mintak maap byk2 Zarul, cme doa je yg dpt kami iringkan bersama pemergian ko. Selamat Pergi n buktikan batch kte bleh berjaye dlm sume bidang yg diceburi. MARHA MARHA!