Saturday, December 19, 2009

KAU SAHABAT KAU TEMAN

Salam, baru2 nie kite dikejutkan dgn berita seorg sahabat kita telah menghidap kanser paru-paru dan sedang dirawat di HSA JB. Beliau yg dimaksudkan ialah Saleh. Keluarga beliau meminta sahabat2 muslimin muslimat supaya dpt melakukan solat hajat dan mendoakan kesihatan Saleh. Kami berharap keluarga Saleh dpt bersabar dlm menempuh ujian yg paling berat ini. Sehingga blog nie ditulis, keadaan beliau mseh kritikal. Sama2 kita berdoa agar Saleh tabah dalam menempuhi ujian nie. Allah sgt mengasihi hambanya yg sabar.
SYAFAAKA ALLAH

Tuesday, November 10, 2009

Saturday, October 31, 2009

AFIQ DAN CLASSMATE IPGM KENT

PPISMP PAI / BI / BA SEMESTER 1 IPGM KAMPUS KENT SABAH (AMBILAN JULAI 2009)

FATRAH AL-IMTIHAN

Salam, bermula mggu nie je, semua insan yg bergelar pelajar akn memasuki satu musim yg wajib dilalui iaitu peperiksaan. Mahu x mahu kita mesti mengambil peperiksaan. Cerdik atau kurang cerdik, yang cemerlang atau yg gagal, itulah yg sinonim dgn musim peperiksaan. Kpd semua, selamat menghadapi peperiksaan. Jadikan peperiksaan sebagai alat untuk berjaya, bukan matlamat.......SELAMAT MAJU JAYA!!!

Wednesday, October 28, 2009

Saturday, October 3, 2009

MENGULIT KENANGAN SILAM

Mse ari sukan

Nasyid?

Bleh la.....

Meriah gler.....

Byk org, byk ragam......tp hapening.....

Terlalu sayu bila menegnang kembali kisah silam di SMAPR. Walau dh msk ke menara gading pn, memori nie mseh terpahat kukuh dlm ingatan......semoga ukhwah ini akn berkekalan.... Insya-Allah

Thursday, September 10, 2009

SMA PARIT RAJA


SEJARAH RINGKAS SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA

Nama asal : Madrasah Tarbiah Islamiah

Alamat : Pos 2, Jalan Sekolah Arab, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Telefon : 07-4542639 (dahulu), 07-4545710 (sekarang)

E-mail :
smapr@johordt.com

SEJARAH RINGKAS

Madrasah Tarbiah Islamiah Parit Raja trlah diasaskan penubuhannya oleh allahyarham Tuan Haji Nawawi yang pada masa itu menjadi ketua kampung Parit Raja.

Bangunan asal madrasah tarbiah islamiah terletakdi pekan Parit Raja, telah disempurnakan pembukaan rasminya oleh allahyarham Dato Abdullah bin Abdul Rahman, yang dipertua jabatan agama Johor pada 6hb. jun 1941.

Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini telah ditutup pada 1hb. Januari 1948. Sekolah ini telah dipindahkan ke Parit Raja Darat, dan dibuka semula pada 4hb.april 1949. Sekolah ini berpindah ke tapak yang ada sekarang dan pembukaan rasminya disempurnakan oleh menteri besar Johor ketika itu, Y.A.B Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunus pada 27hb. November 1965.

Walau bagaimanapun sekolah ini telah ditutup semula pada tahun 1989. Sekolah ini dibuka semula apabila sessi persekolahan tahun 1992/1993 dengan nama Sekolah Menengah Agama (Arab) Tarbiah Islamiah, Parit Raja.

Semasa sekolah ini ditutup pada tahun 1989. bangunan sekolah ini digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) untuk dijadikan bengkel kemahiran bagi melatih penduduk tempatan.

Semasa sessi persekolahan tahun 1992/1993 dijalankan, sekolah ini mempunyai satu kelas tingkatan satu (Akademik) dengan bilangan murid seramai 20 orang dan satu lagi kelas tingkatan satu (Arab) yang terdiri dari murid-murid yang telah mempunyai SRP dan SPM. Bilangan tenaga pengajarnya terdiri daripada seorang pengetua dan tiga orang guru penolong, dua daripadanya khas mengajar mata pelajaran sebagaimana yang diajar di sekolah-sekolah menengah kementerian.

Pada 18hb. januari 1996 bersamaan dengan 27 Saaban 1416 Hijrah, sekolah ini dirasmikan semula pembukaannya oleh Y.B Tuan Haji Abdul Kadir Bin Anuar, Pengurusi jawatankuasa hal ehwal agama islam Negeri Johor setelah tiga tahun beroperasi.

Bangunan sekolah ini dibina diatas tapak tanah wakaf seluar 4E. 3R. 37P. Penggunaan tapak adalah seperti berikut:

  • Bangunan sekolah - 1 ekar
  • Padang Permainan - 1.2 ekar
  • Rezab - IE. 1R. 37P
  • Lain-lain - 1 ekar


Hal-hal berkenaan bangunan:

  • Hak milik bangunan: Bantuan kerajaan, bangunan tetap.
  • Jenis bangunan: Batu dan kayu, ukuran bangunan 240 X24.
  • Bilangan bilik darjah : 2 + 1 buah (1 Tadika KEMAS)
  • Bilangan bilik bacaan : 1 buah
  • Bilik darjah dijadikan asrama : 1 (lelaki) + 1 (perempuan)

SENARAI AJK PENTADBIR SEKOLAH 1992/1993

  • Pengerusi : Y.B. Dato' Yusak Bin Hj. Nawawi
  • Naib Pengerusi : En. Tumiran Bin Apandi
  • Setiausaha : En. Jamari Bin Rasimen
  • Penolong Setiausaha : Ustaz Hosnon Bin Hj. Arip @ Arif
  • Bendahari : Tn. Hj. Shuib Bin Anuar
  • Ahli jawatan kuasa:
    • Tn. Hj. Sakimin Bin Poncho
    • Tn. Hj. Sirajbin Muin
    • Tn. Hj. Idris Bin Hj. Noor
    • En. Masrom Bin Kasiran
    • En. Salikan Bin Hj. Tahir
    • En. Mohd Said Bin Ibrahim
    • Tn. Hj. Ahmad Bin Wagiman
    • Tn. Hj. Samsi Bin Hj. Siraj
    • Tn. Hj. Zakaria Bin Hj. Nawawi
    • En. Mohd. Sahid bin Salam
    • En. Istar Bin Satiran
    • En. Ternin Bin Sakimen
    • En. Ahmad Bin Rashid

Pada akhir tahun 1999, telah berdiri cerucuk bagi pembinaan bangunan Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang baru dengan berasaskan bangunan konkrit sepenuhnya. Kos keseluruhan fasa 1 sebanyak RM 7.2 juta (Termasuk kerja-kerja tambahan) telah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, dan telah siap keseluruhannya pada bulan jun 2002.

Kerajaan Negeri hanya menyediakan/membina projek fasa 1 seperti berikut:

  • Blok akademik dan pentadbiran - 2 blok
  • Asrama putera - 1 blok
  • Asrama puteri - 2 blok
  • Dewan makan - 1 blok
  • Lain-lain kemudahan asas sekolah seperti jambatan, jalan masuk, tangki air, stesen TNB, dataran sejat dan padang permainan serta perabut.

Setiap blok bangunan juga telah disediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan semasa, antaranya:

  • Bilik darjah - 13 bilik
  • Makmal sains - 4 unit
  • Bilik komputer - 1 unit
  • Asrama putera - 179 katil (optima)
  • Asrama puteri - 258 katil (optima)
  • Dewan makan - 450 pelajar
  • Rumah warden - Warden lelaki - 1 unit
    - Warden perempuan - 1 unit
  • Perpustakaan - 1 unit
  • Bilik pertujkangan kemahiran - 2 unit
  • Bilik guru - 1 unit
  • Bilik pengetua - 1 unit
  • Bilik GPK - 1 unit
  • Bilik kaunseling - 1 unit
  • Koperasi - 1 unit
  • Bilik cetak - 1 unit
  • Bilik rawatan - 1 unit
  • Bilik rehat - 1 unit
  • Bilik sembahyang - 2 unit

Tuesday, September 1, 2009

UNIVERSITI ARDUN KINANAH



Salam, mlm td sdg asyk bermain internet, "ting ting!," aku dpt 1 msg, "Salam, sok pagi kawan kite Zarul dh nk g Mesir. Kul 11 pg dy btolak. Kite same2 la doakn kjayan dy k. Klu nk cal dy leh gak. nie no dy. xxx-xxxxxxx. Alhamdulillah, Fatin Adilah x keseorangan di Mesir sbb Zarul pon join sme bljo di al-Azhar. Menurut Zarul, dy g Mesir dibawah tajaan Negeri Selangor. Alhamdulillah, murah rezeki. Ramai jgk kwn2 yg tepon dan ucapkan selamat jalan kerana x berkesempatan menghantar Zarul di KLIA. Mintak maap byk2 Zarul, cme doa je yg dpt kami iringkan bersama pemergian ko. Selamat Pergi n buktikan batch kte bleh berjaye dlm sume bidang yg diceburi. MARHA MARHA!

Tuesday, August 25, 2009

RAMADAN DATANG LAGI


Selamat berpuasa untuk mmbr2 AAQAG. Semoga Ramadan kali ini memberi erti kpd kita semua. Amin

Wednesday, August 12, 2009

PASCA MAAHAD JOHOR 2008

Salam, Alhamdulillah dpt lg aku update blog nie. Kali nie aq nk bt report tntg haluan bdk2 nie. Tp x sume aku bleh tulis kt sni. Klu de pape2 mklmt, gtaw je kt ruangan komen. Semoga haluan baru nie x merenggangkan ukhwah kite di SMAPR dan MJ.

UNIVERSITI AL-AZHAR AL-SYARIF
Zarul (Ijazah Sarjana Muda Syariah)

UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA
Shairazi (Ijazah Sarjana Muda Syariah)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Sulaiman (Ijazah Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam)
Rasul (Ijazah Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam )

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
Zulazwan (Ijazah Sarjana Muda Ekonomi )
Izzuddin (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan )

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Huzaifah (Ijazah Sarjana Muda al-Quran & Multimedia )
Bahrain (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan )
Adib Salih (Ijazah Sarjana Muda Pengajian & Multimedia )
Afif Rabie (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan)

MARSAH
Izmir ( Diploma Pendidikan Islam )
Fadlillah Fahmi (Diploma Pendidikan Islam)
Adib Hashim ( Diploma Pendidikan Islam)

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
Fandi (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Afiq (Prog Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sem 1 Pai/Bi/Ba) Kampus Kent, Sabah
Ariff (Prog Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sem 3 Pai/Bi/Ba) Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang

UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Ikrimah (Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial)

KERJAYA
Taufik (Bahagian Zakat Jabatan Agama Johor)
Kharique (Guru Sandaran)

Kpd Badrun, Farhan, Salleh, Rasyid dan Aiman, sori kalau aku x dpt nk letak nme korg kt sni. Tp aq nk sgt taw perkembangan korg. Hntr r mklmt klu x gne internet pon, msg je. Aku mseh gne nombor maxis yg lme. Ok r, SELAMAT MAJU JAYA!

Tuesday, July 21, 2009

PANDANGAN ATAU PENDAPAT


Setiap owg mst ade pndpt atau pndgn mereka terhadap satu-satu perkara. Tak kira r dlm berfesyen, berpolitik, bergaul dan sebagainya. Namun, dalam perkara agama, pndgn menjadi sumber ketiga atau keempat selepas al-Quran, al-Hadis dan Ijmak. Hanya agama shj meletakkan pndpt sbg sumber keempat kerana agama merupakan wahyu bukan logik akal. Jadi pndgn yg didasarkan tanpa merujuk al-Quran dan al-Hadis merupakan sesuatu yg salah. Dalam memberi pndgan atau pendapat, kita sepatutnya tidak malu untuk melontarkan idea kerana setiap org PASTI mempunyai pelbagai idea yg tersendiri. Dengan kita melontarkan idea, kita dpt memberitahu org disekeliling kita mengenai pndpt kita dan owg akn menilai sendiri idea tersebut. Jadi x perlu risau. Namun dlm memberikan pndapt, KDG2 ade segelintir manusia yg mahu ideanya diikuti oleh org yg mendengar ideanya. Ini sudah melanggar kebebasan seseorg utk berfikir, berpendapat dan memberi idea. Mgkn idea yg dibawa betul tp boleh jd salah. Mgkn idea kita salah tp boleh jd betul. Jadi, bila berhadapan dgn golongan yg mahu ideanya diterima secara mutlak, kita cume perlu dgr shj pndptnya. Bila kita dipaksa, beritahunya "idea kau betul tp boleh jd salah, idea aku salah tp boleh jd betul," Jadi, buatlah penilaian sendiri kerana hasilnya anda akan perolehi bila tiba masanya.

Friday, July 10, 2009

ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU HADIS

  • Sanad (سند) - Jalan yg menyampaikan kpd sesuatu matan / rangkaian perawi dlm setiap tingkatan (طبقات)

  • Matan(متن) - Lafaz hadis yg terletak selepas sanad / lafaz hadis yg membentuk makna

  • Isnad(ايناد) - Menyandarkan hadis kepada org yg meriwayatkannya (seerti dgn Sanad)

  • Musnid(مسند) - Org yg meriwayatkan hadis dgn sanadnya sama ada ia mengetahui hadis tersebut atau tidak

  • Musnad(مسند) - Nama kitab yg mengumpulkan apa-apa yg diriwayatkan oleh seseorang sahabat spt musnad Imam Ahmad - Hadis marfu' yg bersambung sanadnya.
- Seerti dgn sanad
  • Rawi(راوى) - Org yg meriwat atau menceritakan hadis. Dikenali Rijal al-Hadis (رجال الحديث)

  • Riwayat(رواية) - Memindahkan hadis drpd seorang kpd seorang yg lain. Org yg memindahkan disebut rawi (راوى)

  • Istikhraj(استخراج) & Ikhraj(اخراج) - Mengeluarkan hadis dari sesuatu kitab dan mencari sanad yg lain dari sanad penyusun kitab itu / menerangkan bahawa hadis itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab lain. Contoh "Akhrajah al-Bukhary" (أخرجه البخاري) ertinya hadis yg dikeluarkan oleh al- Bukhary, maksudnya ada disebut dalam Bukhari dan ia memindahkan ke dalam kitabnya

  • Muhaddis(محدث) - Org yg mengetahui dan Ahli (أهل) dalam ilmu Hadis Riwayat dan Dirayat. Juga byk mengetahui mengenai perawi dan riwayat hadis berkenaan. Juga mereka yg tahu dan hafaz kurang 100 000 hadis. -Menurut Syeikh Fath al-Din bin Sayyid al-Naas, muhaddis ialah : org yg menguasai hadis riwayat dan dirayat, suka menghimpun riwayat, mengkaji riwayat-riwayat, mudah membezakan riwayat sehingga diketahui tuahnya, masyhur dgn ketepatan hafalannya.

  • Hafiz(حافظ) - Mereka yg menghafaz 100 000 hadis bersanad.
    • - Menurut Syeikh Fath al-Din bin Sayyid al-Naas, Hafiz ialah : org yg menguasai hadis riwayat dan dirayat, suka menghimpun riwayat, mengkaji riwayat-riwayat, mudah membezakan riwayat sehingga diketahui tuahnya, masyhur dgn ketepatan hafalannya. dan mengetahui gurunya, dan guru kepada gurunya peringkat demi peringkat sehingga apa yg dia tahu lebih byk dari apa yg dia tidak tahu


  • Hujjah(حجة) - Mereka yg menghafaz 300 000 hadis bersanad.

  • Hakim(حاكم) - Org yg ilmunya meliputi semua hadis yg diriwayatkan beserta perkara yg berkaitan seperti matan, sanad, kecacatan hadis, sifat adil perawi dan riwayat hidup perawi atau mereka yg menghafaz 700 000 hadis dan lebih.

PENGENALAN ILMU HADIS

Mengapa Ilmu Hadis merupakan ilmu yang penting dan menjadi semulia-mulia ilmu?
- Kerana Hadis Nabawi merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas al-Quran.

Kepentingan Ilmu Hadis
-Sebagai penerangan kepada al-Quran
-Sebagai hukum apabila tidak terdapat di dalam al-Quran

Peranan Hadis sebagai penerang kepada al-Quran
-Memperincikan ringkasan al-Quran
-Menerangkan kekaburan al-Quran
-Mengikat kebebasan istilah al-Quran
-Mengkhususkan keumuman al-Quran

Contoh - Pengharaman memakan binatang buas yang bertaring dan burung yang menyambar mangsa

Dalil يا أيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم -
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.

UNIVERSITI OOOO UNIVERSITI


Akhirnya, pelajar-pelajar STAM msk jg U akhir bln lepas. Seperti bse, USIM mmg port bdk2 STAM. Tp ade gak yg G UIA, UPSI, UUM, UTM dan UMP (kalu x salah r). Konfem dyeorg mst kezutan budaya pyer. Mcm2 r, cuti dlu sb2 ahd skg Jumaat sb2, dlu mkn disediakan skg kne kuar duit sndrk, Eh silap, PTPTN.......dlu pkai skema2 skg stylo2.....dlu n skg mmg berbeza.....tp x lme pon, kejap je...... makanan mahal? standard r makann mahal sbb U nie tmpt standard n prestij. Tp mktb lg murah......hahaha....grau je.....selamat maju jaya n 4 thn lg kte jumpe reunion.......

Sunday, June 21, 2009

REUNION 21 JUN 2009

Hamba ketika di majlis reunion


Leman mempamerkan bakat terpendam beliau


Sesi fotografi sebelum menjamu selera


Hutan Bandar JB, 21 Jun - Selepas lama merancang, Alhamdulillah reunion Batch 90 SMAPR yg terdiri drpd IF ngan AAQAG dpt dilaksanakan. Majlis bermula pukul 12 tgh hari dan dimeriahkan dgn kehadiran 2 org DJ yg sgt petah berceloteh. AJK baru telah dilantik namun ade jge yg dikekalkan. Walaupun kehadiran agk dingin namun segalenye tetap meriah dan berjalan lancar. Reunion akan datang akan dipengerusikan oleh Afiq n timbalannya Nurida dan akan diadakan 4 thn dari skrg.

Wednesday, June 3, 2009

KELUHAN REUNION



Salam.....mgkn x sepatutnye aq meluahkan bende nie tapi dh x de tmpt nk cter, aq cter je r kt sni. Aq sndri pon x phm npe sambutan utk reunion nie terlalu dingin. Nk kte di buat mse blajo x jgk, nk kte di buat mse hr kje x jgk, tp buat hari AHAD. Klu r x nk g sbb dendam semalam ke dendam x sdh ke, bek mse nie turun tuk mntk maaf nrapatkan silaturahim. Toksah r gdo2 lg sbb dunia nie kecik je, pusing2 jmpe blek mmber2 lme. Mne tau 1 hri nnt kte perlukan pertolongan mereka? x malu ke? Hmm.......mntk maap r klu bnde nie mengguris ati spe2 tp aq ckp kan mle2 td, aq cume nk luahkan perasaan je.....

Thursday, May 14, 2009

BERITA BAIK

Kepada semua ahli AAQAG dan Imtiazul Faiqah, Insya-Allah reunion kte akn diadakan pada :

Tarikh : 21 Jun 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Hutan Bandar, Johor Bahru
Bayaran : RM 30

Semoga semua ahli AAQAG dan Imtiazul Faiqah dapat memberikan komitmen untuk hadir......

Jumpa di sana

Saturday, May 2, 2009

MAKLUMAT TERKINI


Pagi 2 Mei, aku dpt berita yg reunion kte Insya-Allah akn diadakan di Hutan Bandar pada 16 ATAU 17 Mei. Alhamdulillah, pe yg dirancang sudah mencapai satu kata putus. Pe yg diharapkan ialah semua dapat beri komitmen utk majlis tu nnt. Aku plak X konfem lg sama ada akn turun pada hari 2 nnt. Sambutan hari guru jatuh pada tarikh yg sme. Namun aku akan cbe utk hadir jika x de aral melintang. Semoga reunion nie dpt dilaksanakan dgn jayanya.

Monday, April 27, 2009

SEE U DI IPT



UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS



UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA


UNIVERSITI MALAYA


UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

Debaran yang menanti calon-calon STAM telah pon berakhir. Masing-masing dah dpt result dan dh pilih universiti mane yg menjadi pilihan mereka berdasarkan pencapaian dalam STAM. Drpd survey yg aq buat, ramai benar yg nk msk USIM. UIA dan UM pulak bleh thn yg nk msk. UPSI ngan UDM pon pe kurgnye. Pe2 hal pon, pleh r yg bleh menjamin mse depan. Aq dgr ramai jgk yg amk MedSI utk pendidikan. Hmm.....bgs r 2. Pendidikan mmg menjanjikan tempat yg baik utk siswazah-siswazah. Dgn ekonomi yg tgh kelam-kabut nie, kita kne bijak memilih dan bertindak. Tp aq sdeh jgk sbb bpe owg je yg mohon IPGM. Sdeh wooo.......tp amk pendidikan pon sme gak. Gud Luck pd sume. klu dh dpt tau U mne, gtau r aq. Nnt aq bleh bt survey bnde lain plok. MARHA MARHA!!!!!!

Sunday, April 26, 2009

REUNION


Salam....mggu nie, Maahad Johor ade bt Majlis Anugerah Cemerlang. Bdk2 Pt Raja ramai yg turun tp aku x dpt join plak. Xpe r, aq x ksh. Tp ade plak 1 isu. Reunion nie ade mslh plak. Kecelaruan n kekeliruan timbul ble ade 2 tempat  dicadangkan. Bukan 2 je, ade plak yg x stuju msyrt MT diadakan mse Majlis Anugerah 2 nnt. So, pd aq r, baek kte bt je msyrt 2. Pas2 kte usulkan tempat dan ikut keputusan majoriti. kte nie berterabur sne-sni. nk kumpulkan blek bkn sng. pki ckp je x bleh. So, mse msyrt nnt, cter r ye.....jgn smpn2. K r, stooooop!

PENJENAMAAN SEMULA

Salam, blog nie aq up sket supaya ade r pembaharuan. Nmpk gelap je kn? tp ok r jgk.... Artikel-artikel sebelum nie, aku buang sbb mcm x de kne-mngena je. Pe2 hal pon, semoga AAQAG terus sukses.....MARHA MARHA!!!!