Friday, July 10, 2009

ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU HADIS

  • Sanad (سند) - Jalan yg menyampaikan kpd sesuatu matan / rangkaian perawi dlm setiap tingkatan (طبقات)

  • Matan(متن) - Lafaz hadis yg terletak selepas sanad / lafaz hadis yg membentuk makna

  • Isnad(ايناد) - Menyandarkan hadis kepada org yg meriwayatkannya (seerti dgn Sanad)

  • Musnid(مسند) - Org yg meriwayatkan hadis dgn sanadnya sama ada ia mengetahui hadis tersebut atau tidak

  • Musnad(مسند) - Nama kitab yg mengumpulkan apa-apa yg diriwayatkan oleh seseorang sahabat spt musnad Imam Ahmad - Hadis marfu' yg bersambung sanadnya.
- Seerti dgn sanad
  • Rawi(راوى) - Org yg meriwat atau menceritakan hadis. Dikenali Rijal al-Hadis (رجال الحديث)

  • Riwayat(رواية) - Memindahkan hadis drpd seorang kpd seorang yg lain. Org yg memindahkan disebut rawi (راوى)

  • Istikhraj(استخراج) & Ikhraj(اخراج) - Mengeluarkan hadis dari sesuatu kitab dan mencari sanad yg lain dari sanad penyusun kitab itu / menerangkan bahawa hadis itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab lain. Contoh "Akhrajah al-Bukhary" (أخرجه البخاري) ertinya hadis yg dikeluarkan oleh al- Bukhary, maksudnya ada disebut dalam Bukhari dan ia memindahkan ke dalam kitabnya

  • Muhaddis(محدث) - Org yg mengetahui dan Ahli (أهل) dalam ilmu Hadis Riwayat dan Dirayat. Juga byk mengetahui mengenai perawi dan riwayat hadis berkenaan. Juga mereka yg tahu dan hafaz kurang 100 000 hadis. -Menurut Syeikh Fath al-Din bin Sayyid al-Naas, muhaddis ialah : org yg menguasai hadis riwayat dan dirayat, suka menghimpun riwayat, mengkaji riwayat-riwayat, mudah membezakan riwayat sehingga diketahui tuahnya, masyhur dgn ketepatan hafalannya.

  • Hafiz(حافظ) - Mereka yg menghafaz 100 000 hadis bersanad.
    • - Menurut Syeikh Fath al-Din bin Sayyid al-Naas, Hafiz ialah : org yg menguasai hadis riwayat dan dirayat, suka menghimpun riwayat, mengkaji riwayat-riwayat, mudah membezakan riwayat sehingga diketahui tuahnya, masyhur dgn ketepatan hafalannya. dan mengetahui gurunya, dan guru kepada gurunya peringkat demi peringkat sehingga apa yg dia tahu lebih byk dari apa yg dia tidak tahu


  • Hujjah(حجة) - Mereka yg menghafaz 300 000 hadis bersanad.

  • Hakim(حاكم) - Org yg ilmunya meliputi semua hadis yg diriwayatkan beserta perkara yg berkaitan seperti matan, sanad, kecacatan hadis, sifat adil perawi dan riwayat hidup perawi atau mereka yg menghafaz 700 000 hadis dan lebih.

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..


blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
wassalam.

Blog Dari Semua Blog said...

daftar masta di http://plendtz.tk